Saya ni seorang 'photographer' dan sering ambil gambar model, artis dll. (tapi bukan kerjaya penuh masa saya). Satu hari ni model/penyanyi perempuan (ku anggap macam adik sendiri) yang juga seorang polis (dah berhenti polis sekarang) mengajak saya ambil gambar dia di Cameron Highland dan Pulau Pangkor untuk promosi album dia. Saya bersetuja dan kami pergi berempat iaitu saya sendiri, 'model', adik lelakinya (pelajar universiti) dan kawan perempuan kami yang berperanan sebagai 'jurusolek'.
Di Cameron kami menginap semalam dan Pangkor pula dua malam. Kejadian bermula di Cameron Highland. Untuk pengetahuan pembaca, di Cameron, kami menginap di 'Bala chalet' (nama tepat dah lupa), tempat memang indah dengan pemandangan yang cantik, bilik juga memang cantik, siap ada 'fireplace' ala-ala rumah 'cottage' seperti di Eropah.
Pagi tu setelah model ni bersolek kami memanjat satu bukit menggunakan tangga (agak curam) dalam ladang teh, ramai yang panggil tempat itu dengan nama Mossy forest), jalan ke Gunung Irau. Sampai di atas ada lorong sempit dibuat dari kayu (jungle/canopy walkway). Di situ memang kami sahaja yang ada, pemandangannya agak cantik. Kami pun mula tangkap gambar terutama di tempat tinggi yang ada jambatan (jungle walk) tersebut. Nak dijadikan cerita ada seekor 'lebah' yang besar dan cantik warnanya selalu mengekori kami tapi tak mencederakan kami, jadi kami buat tak tau sahaja. Di sana Model ni nak panjat satu dahan di pokok yang sangat besar dan 'posing' di situ ala gambar-gambar 'Dolce and Gabana'.
Saya pun tangkap gambar seperti biasa sebanyak yang mungkin selagi tak puas akan pose dan kualiti gambar saya. Sejurus lepas beberapa petikan gambar, tukang pegang 'reflector' iaitu adik model tersebut yang meminati gambar-gambar saya melihat-lihat gambar dalam screen camera saya setelah gambar diambil, dan dia tanya 'apa benda ni?' dia merujuk kepada beberapa gambar yang ada objek pelik. Bila saya tengok 'screen' di kamera macam kabus sebelah model tapi bila besarkan lain macam pulak. Tapi tetap saya jawab ianya adalah kabus. Model yang masa tu sorang polis wanita tiba-tiba memaki hamun benda yang kita tak nampak dengan mata kasar tu dengan marahnya (sebenarnya ini cara dia psiko dirinya untuk jadi berani dengan menukarkan perasaan takut dengan marah). Namun, saya langsung bertambah cuak dan bila saya takut biasanya perut rasa sakit nak buang air besar.
Saya memujuk semua untuk turun dari tempat tinggi dan balik ke hotel atau cari tempat lain untuk bergambar dan kami semua bersetuju. Dalam kereta menuruni bukit tu sempat lagi saya bergurau dngan menyergah kawan-kawan dalam kereta. Teruk saya dimarahi oleh lawak tak bertempat saya bila mereka terperanjat, tau jelah kaum wanita kalau dah berleter tapi salah saya juga. Bagaimanapun tujuan asal saya adalah untuk meredakan ketegangan di dalam kereta kerana saya perhati semua 'tension' tapi cara saya salah dan tak kena gaya. Tapi menurut seorang lagi rakan perempuan dalam 'team' kami ni yang tugasnya menyolek 'model', benda tu ikut kami dalam kereta sebab terasa panasnya (memang saya pun rasa), paling tersa panas antara hidung dan kening kami. Di hotel, sedang siap-siap nak tinggalkan hotel kami nampak 'lebah' tadi yang di bukit ada dalam bilik tapi kami buat tak tau dan 'check-out' tinggalkan bilik tu, memang pelik macamana lebah tu ada dalam bilik pulak.
Di dalam kereta semasa perjalanan turun dari Cameron, saya yang sedap tidur (model sendiri bawak kereta) telah mengigau, dalam igauan saya Cik Ponti tu tanya, 'kenapa nak balik?'. Saya terus terjaga dari tidur dalam kereta dengan disaksikan 'model' yang juga sedang bawak kereta. 'Model' mengakui wajah saya semasa terbangun agak pelik. Perjalanan diteruskan sehingga keluar dari 'daerah' Cameron Highland'. Hari yang sama juga, kami terus bertolak ke Pulau Pangkor. Di Pangkor pun ada 'incident' yang tak sedap (gangguan 'x' files juga) menggangu kerja kami taklah seberat seperti di Cameron, semasa sedang berbual-bual di beranda 'chalet' model dan si 'jurusolek' ternampak langsiur mengendap kami. Mereka memaksa kami masuk 'chalet' sedang kami sedap-sedap berbual di 'verandah'.
Sampai di KL, setelah sehari dua, saya seorang yang masih di ganggu di condo tempat saya tinggal berseorangan. Gangguan berbentuk mimpilah bunyi-bunyilah dan yang tak sedap saya terjumpa beberapa helai rambut yang panjang-panjang melekat di badan saya semasa saya mandi pagi, sedangkan rambut saya memang pendek sangat. Setelah saya ceritakan kepada Model, terus Model tu bawa saya untuk berubat dengan sorang 'ustaz' ni. Di rumah 'ustaz', bukak saja laptop dan nak bukak gambar tersebut kucing-kucing ustaz secara tiba-tiba saja bergaduh dan melenting. Ustaz sendiri bila tengok gambar tersebut siap terjatuh dari kerusi dan memberikan raut wajah ketakutannya. Agak lucu saya rasakan bila perhatikan gelagat ustaz tapi saya 'maintain' tak ketawa takut ustaz kecik hati, tapi sememangnya ustaz ni pandai buat lawak. Ustaz memaksa saya 'delete' semua gambar yang ada 'Cik Ponti' tersebut kalau saya nak selamat katanya. Kalau tidak 'benda' ni akan sentiasa mengekori saya. Saya akur dengan hati yang berat sebab bukan mudah nak tangkap gambar macam tu tapi saya pentingkan keselamatan diri juga lalu terpaksalah saya padam kesemuanya. Bila ditanya, mungkin secara gurauan 'ustaz' ni mengatakan benda ni pun nak 'glamer' dan jadi model. Sejak dari tu tak ada gangguan seumpamanya pada diri saya lagi. Untuk pengetahuan di komputer amat jelas gambar 'Cik Ponti' terutama bila di zoomkan lebih-lebih lagi saya menggunakan kamera fullframe dan 24.9 mega pixel dengan 'prime lens 50mm' masa tu. Ramai juga rakan-rakan yang sempat melihat gambar-gambar tersebut sebelum di'delete' terus. Untuk pengetahuan muka 'Cik Pon' memang kabur tapi rambut serta tubuh memang tak syak lagi.
Gambar-gambar yang ada 'Cik Ponti' semua dah dibuang atas arahan 'ustaz'. Gambar model saya di atas pokok tu pun ada tapi di facebook sayalah. Saya tak war-warkan dan besar-besarkan cerita ni almaklum tak semua percaya kewujudan macam ni dan tak suka lah kalau saya di tuduh macam-macam. Lebih-lebih lagi saya seorang 'photographer' dan 'photoshop' adalah permainan kami, jadi tentu ada orang akan menuduh saya edit gambar-gambar tu. Pada saya nak percaya atau tidak terpulanglah. Saya kongsi je di sini tapi bukan nak buat kontroversi sekadar pengalaman apa yang saya lalui.
Tentang bagaimana gambar 'syaitan/jin' boleh termasuk dalam kamera, saya mempunyai tiori bahawa api dan angin memang kita boleh tangkap gambarnya jadi 'makhluk' yang jasadnya dari api dan angin juga boleh kita tangkap dalam kamera dengan kuasa Allah S.W.T. Kawan-kawan 'photographer' saya yang lain pun ada yang pernah ter... gambar makhluk makhluk ni. Saya pernah di tawarkan untuk buat pengambaran di sekitar kubur waktu malam untuk 'promo'/poster cerita misteri tapi saya tolak kerana tak maulah pengalaman-pengalaman macam ni nanti memberikan masalah pula. Kisah di Cameron pula mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati dan ingati Allah selalu. Syukur tak jadi kes macam Jim Thompson kisah agent America dan seorang hartawan, juga penulis yang lenyap hilang di hutan Cameron di suatu pagi semasa beliau bersiar-siar, tak salah bertahun sebelum Malaysia merdeka dan kehilangannya hingga kini menjadi misteri. via Hanafinoor



Hiii.... sy sendiri pun baru je 2 hari ken cam ni... seram gak... bila ambik pic sendiri mata sy jadi lain... mcm mata ular yg terkeluar.... seram gak... seharian sy fikir napa leh jadi cam tu...
ReplyDelete