Yang Hangat!

AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION
AD DESCRIPTION

Blog Aku Yang Lain

Ada Twitter?

    Follow me @pupoamoi

    Site Tracker

    Saturday, March 2, 2013

    BR1M - Kisah Sebenar Disebalik Video Angkat Sumpah


    ‘UMNO Terdesak! Memaksa Penerima BR1M Ikrar Sokong UMNO.’ Zawawi menunjukkan rakaman di Youtube yang didakwa penerima BR1M di Pejabat UMNO, Pasir Puteh. -



    Foto Azlan HafeedzPasir Puteh: Rakaman video yang didakwa sebagai penerima BR1M dipaksa mengangkat sumpah sebagai tanda taat setia kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti disiarkan dalam Youtube sebenarnya adalah petugas UMNO. Ketua UMNO Bahagian, Zawawi Othman, berkata semua (orang) yang berada dalam rakaman Youtube itu adalah jentera parti cawangan Kampung Tembila yang mengangkat sumpah taat setia kepada UMNO dan BN.

    “Kami (UMNO) tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan ke atas rakyat untuk bersumpah kerana perbuatan itu jelas menjatuhkan akidah seseorang,” katanya ketika ditemui di pejabat UMNO, di sini, semalam. Beliau berkata, tidak mungkin penerima BR1M yang mengangkat sumpah kerana rakaman video itu menunjukkan beberapa orang yang mengangkat sumpah pada waktu malam.

    “Pemberian BR1M membabitkan jumlah agak ramai dan bukannya dalam kelompok kecil. Malah, ketika pemberian BR1M, bukan kita dengan penerima saja berada di majlis, tetapi kakitangan bank turut membuka kaunter bagi memudahkan urusan pembayaran BR1M.“Pemberian BR1M juga dilakukan pada waktu siang dan bukannya malam,” katanya.

    Zawawi berkata, tidak menjadi kesalahan bagi petugas UMNO mengangkat sumpah taat setia pada parti, malah parti pembangkang turut melakukan perkara yang sama.“Malah, saya juga tidak pernah paksa atau mengarah mana-mana ahli parti melakukan baiah, namun mereka melakukan rela hati kerana terlalu sayangkan agama, bangsa dan negara.Tahu beza baik buruk“Sebagai seorang beragama Islam, mereka (ahli UMNO) tahu membezakan yang mana baik dan buruk kerana baiah langsung tidak boleh dimain-mainkan,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya terkejut sebaik dimaklumkan rakaman satu minit 29 saat itu kini tersebar luas dengan pelbagai tajuk panas ‘direka’ bagi menarik perhatian ramai.Katanya, antara tajuk itu ‘Penerima BR1M dipaksa bersumpah undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13,’ ‘Ambil BR1M, Sumpah Sokong UMNO,’ dan ‘UMNO Terdesak! Memaksa Penerima BR1M Ikrar Sokong UMNO.’“Jika diperhatikan secara telus, hanya sekelompok atau beberapa orang saja kelihatan berada pada waktu itu, manakala rakaman video itu jelas dilakukan malam, sedangkan pemberian BR1M diadakan pada waktu siang,” katanya. BH

     

    Read more ...

    Situasi Di Lahad Datu Sekarang Ini


    Ya ALLAH Ya TUHAN kami, selamatkanlah Lahad Datu dan juga Negara kami Malaysia dari sebarang pertumpahan darah. Lemahkanlah pihak musuh dan Kuatkanlah pejuang negara kami. Kami mohon hanya padaMU Ya ALLAH. Sedarkanlah kumpulan penceroboh tersebut. Jika terpaksa, Lakhnatkanlah penceroboh itu. Sesungguhnya mereka telah diberi peluang untuk pulang secara aman. Ya ALLAH. Selamatkanlah orang awam dan sekali lagi kami mohon berikanlah kekuatan yang luar biasa pada pejuang kami. Aaamiiinn Ya Rabbalalaamin.. Al-Fatihah..


    1. Akhirnya pasukan keselamatan negara menggempur tentera Kesultanan Sulu pagi ini, bersamaan hari Jumaat, hari yang paling mulia dalam kalender Islam.

    2. Tembakan pertama dilepaskan tepat jam 11.10 pagi.

    3. Jumlah kematian di kalangan askar Kesultanan Sulu mungkin ramai (10) orang dan dikalangan pasukan keselamatan, dua anggota dari pasukan polis terbunuh (MUNGKIN 4 POLIS)….200 pengikut sultan sulu menyerah diri.

    4. Kematian di kalangan polis dan orang-orang Sulu ini saya sambut dengan rasa sedih kerana manusia hilang nyawa dan darah tertumpah.

    5. Wajarkan kita menyalahkan pasukan keselamatan negara, sudah tentu tidak kerana mereka telah diberi ruang, dipujuk dan dilayan dengan baik supaya keluar dari kawasan kubu mereka sebelum menghadapi tindakan undang-undang.

    6. Walaupun saya sangat patriotik dan bolehlah dikatakan seorang individu yang bersifat militari dalam tindakannya tetapi saya ada manusia yang paling tidak suka pada senjata, peperangan, keganasan dan kekasaran.

    7. Tidak perlulah berdebat dengan saya…saya boleh menggunakan senjata api, merupakan penembak yang baik dan ada piala kat rumah tu dalam satu pertandingan menembak anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi tetapi gagal tahap kronik dalam penggunaan pistol, semi dan auto dan saya sudah merasa peperangan.

    8. Mungkin ramai yang berasa puas hati kerana penceroboh ini sudah diserbu tetapi apa yang mereka tidak nampak, akan ada lebih banyak darah ditumpahkan selepas ini.

    UMAT ISLAM HILANG RASIONAL, GILA PADA DARAH

    9. Saya sengaja tidak mahu update perkara-perkara yang berlaku semasa kepungan ini kerana banyak perkhabaran yang kebenarannya saya tidak dapat hendak dipastikan.

    10. Yang paling saya berasa sedih, majoriti umat Islam dari pembacaan saya dalam Facebook, forum dan blog-blog tempatan mahu penceroboh ini dibunuh.

    11.Hanya sedikit yang berdoa supaya penyelesaian ditemukan secara damai dan kegilaan pada darah ini menyebabkan pasukan keselamatan dan kerajaan diherdik, diperkecilkan seperti seolah-olah takut dan lembab dalam mengambil tindakan dan mereka memanggil askar dan polis sebagai “ANJING”.

    12.Tetapi berapa ramai pula yang mengkaji isu-isu luar dan bakal berbangkit dari insiden ini?

    PEPERANGAN DARI SUDUT ISLAM

    13.Berapa ramai pula yang mengkaji hukum dan syarat peperangan dalam Islam?

    14.Antara yang saya pelajari…musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.

    15.Pesalah atau musuh negara diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika engkar…hukuman yang keras-sekerasnya akan dijatuhkan.

    16.Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.

    17.Soal peperangan itu sendiri, adakah ia mendapat sokongan rakyat atau tidak?

    18.Yang paling ketara, mereka yang dahaga darah dan beria-ria mengherdik dan memperkecilkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), rata-rata penyokong pembangkang yang selalu mendakwa mereka ini lebih Islam dari yang lain.

    19.Kumpulan ini yang mendakwa mahu menegakkan Islam di bumi Islam ini.

    20.Hanya sekelip mata kita lihat, bagaimana kumpulan yang mendakwa diri mereka pejuang Islam akhir zaman ini yang kononnya menentang kezaliman, menuntut keadilan dan kebenaran benar-benar nekad mahu melihat orang-orang Sulu ini mati.

    21.Bila saya fikir-fikirkan balik…saya nampak satu perkara, umat Islam yang berpegang kepada tali yang dibawa Rasulullah SAW ini semakin mengecil…terlalu sedikit, dan jumlah yang sedikit ini yang mungkin ada 2-3 orang di kalangan pembangkang atau 2-4 orang di kalangan penyokong kerajaan dan 2-3 orang di pihak yang berkecuali dan mereka inilah yang akan berjuang dengan seikhlas hati apabila kelak masanya sampai.

    PATUTKAN ORANG-ORANG SULU INI DIPERANGI?

    22.Jika ditanya pada saya…sewajarnya memang YA kerana amaran dan nasihat sudah dikeluarkan.

    23.Ini juga menjadi jawapan kepada semua tuduhan pembangkang yang kononnya pemerintah kita ini zalim.

    24.Sudah jelas kerajaan melalui agensi pasukan keselamatan biasanya akan memberi amaran dan nasihat sebelum tindakan keras dibuat dan ini sudah wujud sejak dari dahulu lagi, bermula dari Memali, Sauk, perhimpunan haram sehinggalah ke insiden di Lahad Datu.

    25.Tidak timbul soal polis atau tentera menyerang orang awam secara membabi buta seperti yang selalu difitnah pembangkang dalam insiden di Memali.

    SITUASI DI LAHAD DATU SEKARANG INI.

    26.Saya tidak pasti jika darurat sudah diistiharkan di Lahad Datu atau tidak.

    27.Semua pergerakkan keluar masuk di Lahad Datu ditutup bermula 2 petang hari ini (1 Mac).

    28.Semua sekolah dan premis perniagaan ditutup sejak 3 hari lepas.

    29.Kawasan ruang udara di situ di beri takrif “NO FLY ZONE”.

    30.Lapangan terbang Lahad Datu ditutup sejak Jumaat dan mereka yang hendak menggunakan laluan udara terpaksa pergi ke Tawau.

    31.Hospital di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dikuasai pasukan tentera.

    32.Berlaku penambahan ubat-ubatan dan peluru untuk kegunaan tentera dan polis sudah bertambah sejak beberapa minggu lepas.

    33.Semua sekolah dipantau polis, kemasukkan kembali pelajar-pelajar ke sekolah di kawasan sekitar akan dibuat secara berperingkat. Via.

     

    Read more ...

    Thursday, December 6, 2012

    Najwa Latif (Penyanyi Lagu Cinta Muka Buku) Diminta Ayahnya Kembali ke Pangkal Jalan


    Setahun menahan perasaan berdepan kerenah anak-anak, Abdul Latif Ismail, 51, tidak mampu lagi membendung kesabarannya.

    Petang Isnin lalu, tatkala sibuk menyiapkan tugasan di pejabat, penulis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada bintang sensasi YouTube, Najwa Latif.


    Penulis sendiri pada mulanya ragu-ragu, apakah benar lelaki di hujung talian ialah bapa penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu. Tetapi daripada rentetan ceritanya yang terperinci, mustahil lelaki itu mahu menipu.

    Mendengar rintihan hiba lelaki terbabit, lantas menebalkan keyakinan penulis dialah bapa remaja popular itu. Latif pada mulanya meminta cerita ini ditulis dalam bentuk gosip, tetapi kami berpendapat lebih baik penjelasan sebenarnya yang dipaparkan.

    Setelah berbincang, dia akur. Bukan berniat membuka pekung di dada, Latif lakukan semua ini kerana mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata.

    Katanya, sudah lama dia ingin menjelaskan kedudukan sebenar bentuk hubungan bersama anak yang dikatakan keruh.

    Bagaimanapun, mengenangkan Najwa bakal menghadapi peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Latif yang juga seorang jurulatih renang tidak mahu tindakannya mengganggu tumpuan anak sehingga menjejaskan prestasi gadis berusia 17 tahun itu.

    “Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.

    “Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian.


    Sumber Berita Harian






    Read more ...

    Tuesday, December 4, 2012

    Selipar Keyboard






    Tahu tak mana ada jual? Admin nak satu lah :D
    Read more ...

    Thursday, November 8, 2012

    Mikrocip Serendah RM50 Untuk Mengesan Haiwan Kesayangan Anda



    SELEPAS kehilangan seekor kucing kesayangan yang dipelihara selama tujuh tahun, Hashimah Hasan, 34, mencari alternatif bagi mengelakkan perkara sama berulang. Menerusi pencarian maklumat di internet, peguam yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu mendapat tahu mengenai teknologi mikrocip yang berupaya meningkatkan peratusan penemuan semula kucing yang hilang.

    Tanpa berlengah, Hashimah terus mengunjungi klinik veterinar berhampiran bagi mendapatkan penjelasan berhubung mikrocip tersebut. Daripada lapan ekor kucingnya, kini seekor telah pun berjaya dipasang mikrocip identiti. "Sejak saya bertemu veterinar pada bulan Februari lalu, doktor mencadangkan supaya saya memasang mikrocip.

    Hari ini saya membawa Blacky bagi proses tersebut dan diharapkan ia dapat menjamin keselamatannya pada masa depan. "Memang mikrocip ini tidak dapat membantu pemilik kucing mengenal pasti lokasi haiwan itu berada, tetapi secara tidak langsung, kebajikan mereka terjamin. "Ia amat berkesan sekiranya ada pihak yang mencuri kucing kita dan berkeras tidak mahu memulangkannya. Sekiranya kucing itu telah dipasang mikrocip, kita boleh buktikannya menerusi nombor identiti yang disimpan di dalam data komputer," jelas Hashimah yang kerap mengutip kucing jalanan dan kemudian dibawa ke veterinar.

    Nahzatussyima Amat Yedon, 28, pula mengambil keputusan memasang mikrocip tersebut pada kucing betinanya yang berumur satu tahun setengah, Min Ki, pada penghujung tahun lalu. Ia berikutan pengalaman yang ditempuhi Nahzatussyima ketika membawa Min Ki pulang ke kampung di Sabak Bernam, Selangor tahun lalu. Memandangkan kucing itu dipelihara di dalam rumah sahaja di Bandar Sunway, Selangor, haiwan itu mengalami masalah untuk bebas di luar.

    KESEMUA hospital veterinar di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar menawarkan perkhidmatan pemasangan mikrocip dan pembuatan pasport.Faedah mikrocip"Min Ki pernah terlepas keluar ke halaman rumah di kampung. Waktu itu saya bimbang ia hilang dan tidak akan ditemui. Nasib baik Min Ki sempat dibawa masuk ke dalam rumah dan bermula saat itu, saya bertekad untuk memasang mikrocip pada Min Ki.


    "Banyak faedah yang boleh diperoleh pemilik kucing menerusi mikrocip ini. Antaranya, keselamatan, hak milik dan sekiranya ingin dibawa ke luar negara pun tidak berdepan masalah," jelasnya ketika ditemui di Klinik Haiwan dan Surgeri Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.Pemilik 18 ekor kucing, Azahar Mohd. Yunus, 46, beranggapan semua kucing yang dipelihara manusia wajar dipasang mikrocip. Tambahnya, ia tidak hanya untuk kucing di bandar malah kucing yang dibela di kampung-kampung juga memerlukan mikrocip pengenalan.Ujar ayah kepada dua orang anak itu, diskriminasi terhadap kucing yang dipelihara perlu dihentikan. Baginya, semua kucing berhak mendapat layanan dan kebajikan sama rata selagi mereka di bawah penjagaan manusia.

    "Memelihara haiwan ini bukanlah sekadar menyiapkan makan minum dan tempat tinggal mereka, malah kesihatan dan keselamatan juga perlu dititikberatkan. Anggap tanggungjawab menjaga mereka sama seperti kita menjaga diri sendiri."Majoriti rakyat Malaysia memang suka membela haiwan terutama kucing tetapi mereka tidak mahu membawa haiwan-haiwan ini ke klinik bagi pemeriksaan atau rawatan. Tanggapan kos yang tinggi sebenarnya tidak boleh diterima.

    "Pemasangan mikrocip untuk seekor kucing saya kurang RM50 dan kos-kos rawatan lain seperti vaksinasi dan ubat nyahkutu pun tidak sampai RM100," demikian pandangan Azahar yang menyediakan sebuah bilik khas untuk kesemua kucingnya di rumah.PASPORT baharu ini memudahkan pemilik membawa haiwan peliharaan mereka ke luar negara.Pasport haiwanSementara itu, Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Kuala Lumpur, Dr. Mas Ayu Suraya Abd. Rahman menjelaskan, cip penyimpanan data haiwan dikenali sebagai Peranti Identiti Frekuensi Radio (RFID).

    Cip-cip RFID disediakan dalam pelbagai bentuk seperti mikrocip bersaiz kira-kira satu milimeter (mm), tanda identiti (tag) yang selalu dipasang pada telinga lembu dan gegelang untuk haiwan kumpulan burung.RFID jenis mikrocip kini giat dipromosikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan kerjasama klinik-klinik haiwan berdaftar di seluruh Malaysia. Selain menjamin hak milik haiwan peliharaan kepada pemilik, ia juga membantu JPV menyimpan rekod-rekod haiwan dalam negara.


    "Daya jejak haiwan dapat ditingkatkan menerusi mikrocip dan segala maklumat penting haiwan disimpan di dalam pasport haiwan tersebut memudahkan urusan pembancian haiwan peliharaan atau ternakan."Pengawalan penyakit juga dapat dilaksanakan kerana pihak kami dapat mengenal pasti haiwan yang membawa penyakit tersebut dan mempercepatkan kajian serta pengeluaran vaksin," jelas Mas Ayu. Pemasangan mikrocip tanpa kos servis di klinik haiwan kerajaan dalam lingkungan harga RM18 hingga RM25.Fasa satu atau peringkat permulaan pasport haiwan telah dibangunkan pada tahun 2009 dan diperkenalkan pada tahun 2010.

    Sebelum ini, pemilik haiwan perlu membawa empat dokumen bagi urusan rawatan atau ke luar negara, kini mereka hanya perlu menggunakan satu pasport sahaja.Projek tersebut dimulakan di Kuala Lumpur. Dalam tempoh dua tahun, ia mampu mengumpul sebanyak 700 pendaftar. Hari ini, pasport haiwan yang memerlukan pemasangan mikrocip telah berkembang kepada 2,000 haiwan dengan 1,000 pemilik di seluruh negara."Trend pemasangan mikrocip dan pendaftaran pasport haiwan dilihat meningkat setiap bulan. Menerusi kerjasama JPV Kuala Lumpur dan Kelab Kucing Malaysia, kita harapkan agar lebih ramai penduduk kota sedar tentang kepentingan mikrocip dan pasport," ujar Mas Ayu yang mengesahkan terdapat beberapa kes pencurian haiwan peliharaan berjaya diselesaikan menerusi pengimbasan mikrocip pada badan haiwan tersebut.

    Mas Ayu turut mengingatkan kepada mereka yang kehilangan haiwan peliharaan untuk menyemak portal pasport haiwan di www.petpassport.dvs.gov.my pada ruangan lost & found.Sekiranya terdapat aduan kehilangan, pemilik boleh menyemak status dengan memasukkan nombor mikrocip haiwan. Sumber


    Read more ...

    Friday, November 2, 2012

    Antara Dua Cinta




    Pintu tingkap dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di uia gombak. Sangat tenang.

    Mata beralih ke screen laptop. Seusai membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah satu cara untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.

    Tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara dari belakang.

    “oow, dah pandai bercinta ea sekarang..” ina menegur.

    “bercinta? Mana ada.” Soalku kehairanan.

    “tu, kat laptop tu apa? Bukan bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.” Tambah ina lagi

    Aku tersenyum. Pipi terasa panas.

    “tengok, muka dah blushing. Nak tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.

    “Kau la, yang ajar aku bercinta ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang sorang lepas kau kenalkan aku dengan dia” aku menambah.

    “aku rasakan bila orang dah angau bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu je. Entah entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.

    Aku tersenyum lagi. Kawanku sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.

    “ok, aku janji. Aku takkan tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam list aku.”

    Ina memanjangkan muncungnya. “ ya, aku tahu. Aku mesti takkan jadi no 1 punya. Memang sure la kan, kau akan letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.

    “breakfast jom. Aku buatkan nescafe 3 in 1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau pakej ni. Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.

    “okey! Aku masakkan air ya. Kau sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.

    Aku tersenyum.

    Aku masih ingat waktu aku tanya ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab laju.”pernah”.

    Aku terpana, aku tengok Ina bukanla budak biasa biasa. Bertudung besar,al-mathurat tak pernah tinggal,usrah tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca al-mulk sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi. Macam bumi dengan matahari. jauh bedanya. Masakan ina tak tahu yang bercinta tu…

    Ina memandangku kehairanan.” Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.

    “Aku tengok kau sebagai budak yang sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu yang bercinta tu..” aku menyoal.

    “bercinta tu apa?” Ina menyoal.
    “bercinta tu haram.” Jawabku pendek.

    Aku tahu bercouple itu haram walaupun aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga membutakan mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus buatan manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya betul. Tapi aku abaikan semua itu.

    Ina ketawa.

    “cik adik sayang, bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum lebar.

    “jadi, Ina sekarang bercinta dengan siapa?” tanyaku lagi

    “cinta pada Allah. Pada Rasul dan keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya ringkas.

    “tapi, bahagia ke?”

    Padaku kalau ada teman lelaki, setiap hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila sakit,ada yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk bila merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.

    Ina tersenyum lagi.

    “ ya, aku akui yang aku selalu saja tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata Ina.

    Tapi cinta itu fitrah. Jawabku lagi.

    “ya, cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya. Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?.” Kata Ina panjang.

    Aku mengangguk angguk tanda setuju.

    “tapi, siapa nak pujuk kita bila kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi

    Ina ketawa lagi menampakkan lesung pipitnya.

    “Allah banyak kali pujuk kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat 40 kalau tak silap. kataNYA, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah ali-imran juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. Bayak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi la. Kata ina bergurau. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.

    “ya la, family aku selama ni pun bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku sakit. Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah yang mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.

    Ina tersenyum. “tahu takpe”.

    “dan yang teman aku pergi klinik, bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman lelaki. Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun kawan kawan aku. Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun diorang “Jawabku lagi.

    “tapi Ina, bukan senang nak break up. Nak putuskan hubungan dengan orang yang kta cinta mati ni. Mungkin senang bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk bercakap. Tapi bagi yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit ina, sakit.”kataku mengharapkan penjelasan.

    Ina tersenyum lagi “ aku bukan suruh kau call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off. Kenapa? Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku, aku pun terkejut dan memberontak.”

    “Habis tu?” soalku.

    “ do it step by step. Kurangkan berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama lama bila kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu. Kalau dia tanya kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau ada jodoh takkan ke mana. Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang tentukan.” Terang ina.

    “ mungkin agak sakit pada mulanya. Sakit itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward bila mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej. Tengahari tiada orang nak tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat, Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat, ingat yang kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah tanya kenapa kau buat benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat cepat mengadu kat Allah dan ingat janji Allah.

    Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.

    Sibukkan diri dengan aktiviti aktiviti, pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan yang diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih bahagia begini.percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha, walaupun kecil” sambung Ina lagi.

    Air mataku hampir menitik. Aku mengetap bibir. Tekak terasa berpasir, dada sakit menahan sebak.

    “tapi Ina, aku tak kuat. Aku takut Allah tak pandang aku”.

    “ sungguh Allah itu maha pengampun maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung, sebab saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati kau.” Sambung Ina .

    Air mataku akhirnya tumpah.

    “hei,mana rotinya?” tegur Ina.

    Aku tersedar dari lamunan panjang.

    “jap, jap tengah buat la ni” jeritku dari compartmentku.

    Ina datang membawa dua gelas air.

    “ina, terima kasih sebab ajar aku bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list aku. Terima kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.” Kataku perlahan.

    “kenapa tiba tiba buat drama swasta ni” kata ina smbil tergelak.

    “yang sentuh hati kamu itu adalah DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.

    “sekarang siapa heroin drama swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.

    Ketawa kami pecah dalam tenang damai waktu dhuha.
    .
    .
    Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami daripada Adilah Azureen bt Ahmed (azureenahmed@blogspot.com) via Blog AkuIslam.com Semoga ia memberi manfaat kepada semua yang membaca =)


    Read more ...

    Thursday, October 25, 2012

    Kunjungan 7 Rombongan Iblis Semasa Sakaratul Maut


    Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:

    Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

    Rombongan 1
    Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
    Rombongan 2
    Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
    Rombongan 3
    Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
    Rombongan 4
    Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.
    Rombongan 5
    Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
    Rombongan 6
    Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
    Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
    Rombongan 7
    Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
    Read more ...

    Pengantin - Sakit Di Malam Pertama



    Kesakitan Pada Malam PertamaAda sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

    Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

    Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

    Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

    Jangan fikir bukan-bukan ye.Hilangkan stress anda Hehe



    Read more ...

    Curang - Berzina Depan Suami!


    Kasihan! Suami Melihat Isteri Berzina Di Depan Mata. Tiada tempat lain selain neraka bagi si isteri jika derhaka kepada suami. Seorang isteri bertindak melakukan perkara terkutuk iaitu berzina dengan seorang lelaki bukan mahram. Tindakan itu bukan sekali tetapi dipercayai sudah ‘kantoi’ sebelum ini dengan suaminya.

    Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.

    Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan, awal pagi kelmarin.

    Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.

    “Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam. “Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.

    “Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.“Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya,” katanya.Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman.



    Read more ...

    Ping Dari Busuk!

     
    © Copyright PupoLove Blog! 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.